Friday, February 20, 2009

DanSing Thru Broadway (DTB)

Horreeeyyyy...smlm saya g tgk teater DanSing Thru Broadway...mula2 rasa x mo g sbb duit xder..then ttba rasa nk plak sbb dpt harga tiket murah n dah lama x tgk teater since P.Ramlee The Musical taun lepas...ye la nak g yg PGL punyer tiket dah sold out..huhuhuh...so xdpt g PGL g tgk DTB pun jadila...seb bek fiha yg ajak n ada bbrapa org kawan fiha yg join gak semlm liyana, alia, nadia n ada lagi 2 org yg xsempat nk kenal...hihihih...so semlm jadual sy sgt la pack..pepagi lagi dh busy mengejar org...hehehe..kejar supervisor saya la...ye la professor2 ni sll bz n susah nk jumpa..so kalo nk jumpa kene take turn tu pun saya potong turn kak dewi...i'm sorry kak dewi...hihihih;)...then dah settle keje belah pg g makan pizza hut kat bangsar...lambat giler dorg nk serve makann...ada la dekat 45 min...huhuh...dh la ktorg kejar masa coz ada kelas at 2pm...huuhuhuh..abis makan n solat dh kul 2 pun..so terus g Asasi sbb kene jaga lab dorg....pas abis lab at 5pm g men tenis ngn raudah n ida...dah 2 hari x men tenis..tp semlm men x bes sgt sbb x berpeluh byk...ye r sbb share court ngn org...huhuhu...abis men tenis at 7pm terus g mandi n solat...so stand by nk g DTB laks...teater tu start at 8.45pm...tp disbbkan ktorg takut jln jammed n sesat larat..so gerak dlm kul 8...n sampai kat audi DBKL at 8.15pm...hahaha...cepat giler sampai...apa lagi kalo dh sampai awal..seperti biasa la aktiviti saya...tangkap gambar la apa lg...sementara nk tunggu alia sampai sbb dia n the gang sesat...hehehe... so kat sini saya bgtau la sinopsis DTB ni k...ni saya amik dr berita harian online...

Muzikal broadway untuk amal

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my


Radhi (depan) turut membintangi DanSing Thru Broadway


Persembahan berdasarkan petikan lagu daripada filem popular

PERTAMA kali menonton persembahan, DanSing Thru Broadway (DTB) yang dipentaskan tahun lalu mengujakan hati Presiden Persatuan Isteri Kakitangan & Kakitangan Wanita Petronas (Petronita), Puan Sri Noraini Mohd Yusoff.

Diilhamkan oleh Farah Sulaiman, DTB yang menampilkan petikan lagu daripada pementasan Broadway dan filem muzikal popular antaranya Mary Poppins, Hello Dolly, Grease, Annie dan Oliver itu di mata Noraini, membuktikan kemampuan serta kredibiliti anak tempatan dalam menggarap sebuah pementasan hebat dan dan menghiburkan.

Keistimewaan yang dibawakan DTB kata Noraini, memberi inspirasi kepada Petronita untuk kembali mementaskannya ketika merancang acara kebajikan bagi mengutip dana membantu tiga badan amal kesihatan kanak-kanak.

Pada pertemuan di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, pagi Selasa lalu, Noraini ditemani Farah yang bertindak sebagai penerbit dan koreografer dan Sabrina Hassan sebagai pengarah pementasan itu.

DTB kata Noraini, projek ini adalah usaha terbesar Petronita untuk menambah dana membantu mereka yang memerlukan sempena ulang tahun ke-30 penubuhannya.

Hasil kutipan pementasan empat malam bermula hari ini hingga 22 Februari di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu akan disalurkan kepada tiga pertubuhan kanak-kanak iaitu Dana Dialisis Kanak-Kanak, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan; Projek Komuniti Kanak-Kanak Sumbing dan Pembedahan Pembetulan Rabit Lelangit serta Pusat Rawatan Serantau Kanser Musculo-Skeletal yang dikendalikan Pusat Perubatan Prince Court.

“Alhamdulillah, biarpun belum bermula kami sudah berjaya mengumpul lebih RM1 juta dan berharap jumlah itu meningkat ketika DTB berlangsung. Ini bukan usaha yang pertama Petronital. Pada 2003, kami mementaskan pertunjukan balet Vietnam dan hasilnya disalurkan kepada beberapa pertubuhan seperti Institut Jantung Negara serta Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan.

“Selama enam tahun, kami tercari idea untuk kembali membawakan persembahan amal dan bernasib baik kerana berpeluang menyaksikan pementasan DTB yang dibawakan Farah di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, tahun lalu.

“Pementasannya cukup menarik, membuatkan kami berbangga kerana anak seni tempatan juga mempunyai idea kreatif dan berkebolehan menghasilkan muzikal yang menghiburkan.

“Segala kelebihan itu membuka ruang kerjasama antara Petronita dan Farah untuk merealisasikan semula pementasan DTB, namun pada masa meneruskan usaha kami untuk melakukan kerja amal,” katanya.

Menjelaskan perjalanan pementasan itu, Farah berkata, DTB membabitkan 44 pelakon yang mempersembahkan 22 lagu daripada 16 produksi broadway berbeza.

Idea asal katanya, tercetus ketika dia berbincang dengan Sabrina untuk mementaskan sebuah pementasan berteraskan nyanyian dan tarian tanpa terikat dengan satu genre persembahan semata-mata.

“Ia membuahkan ilham kepada kami untuk menggarap satu jalan cerita yang menggabungkan petikan lagu yang dipilih menjadi sebuah pementasan menarik,” katanya.

Andai pementasan pertama mengambil masa sehingga enam bulan untuk direalisasikan, sesi latihan pementasan kedua pula dimulakan sejak November lalu setiap Ahad, menjangkau sehingga tujuh jam untuk satu sesi.

“Kami sangat berterima kasih kepada Petronita yang memberi kepercayaan untuk mementaskan DTB semula dalam skala lebih besar, diperkemaskan dengan set menarik dan persembahan yang dinamik,” kata Farah.

Tampilkan bakat baru yang komited

APA yang membanggakannya, sebahagian besar yang menjayakan pementasan ini adalah pelajar sekolah rendah dan menengah.

Biarpun bekerja dengan mereka yang masih muda menuntut kesabaran dan memberikan cabaran kepadanya, ia tidak sedikit pun timbul rasa jemu di hati Farah dan Sabrina.

Mereka sebaliknya berbangga kerana daya usaha yang ditunjukkan membuktikan kanak-kanak juga mampu memberi persembahan matang setaraf dengan pelakon dewasa.

“Kebanyakan yang terbabit tiada asas tarian dan nyanyian yang mendalam namun mempunyai minat besar untuk menjayakannya.

“Bakat mereka tidak dikembangkan sebelum ini, lalu saya dan Sabrina bersedia mengambil cabaran itu untuk membuktikan mereka mampu melakukannya jika serius ingin mendalami seni persembahan,” katanya.

Menurutnya, ada antara mereka pernah terbabit dalam muzikal Jalan Impian The Musical yang dipentaskannya, tidak lama dulu.

“Mana yang menunjukkan minat mendalam dibawa semula untuk pementasan ini. Itu penting kerana jika ada kebolehan namun kurang minat, ia hanya membuatkan keadaan lebih sukar,” katanya.

Sabrina sendiri mengakui, semua pelakon menunjukkan peningkatan drastik berbanding ketika mula datang untuk menjayakan sesi latihan.

“Mulanya mereka ragu-ragu, tak tahu apa hendak dibuat, tapi kali ini, mereka bersungguh-sungguh mengikut segala rutin yang dirancang.

“Melihat perkembangan mereka, saya berbangga kerana mereka semakin berkeyakinan apatah lagi pementasan ini menuntut fokus dan tumpuan yang mendalam kerana rutin tariannya yang besar serta berat,” katanya.

Kemantapan gerak tari serta pilihan lagu yang tepat seperti Sunday Clothes dan Elegance (dipetik daripada Hello Dolly), Sun & Moon (Miss Saigon), I Don’t Need Anything But You (Annie), It’s Hairspray dan Welcome To The 60’s (Hairspray), Morning dan Sandy (Grease), Nowadays (Chicago) serta Somewhere (Westside Story) yang dibahagikan kepada dua babak mampu memberi tarikan kepada penonton.

“Perjalanan cerita juga diselitkan dengan lawak jenaka untuk membuatkan penonton terhibur. Sekalipun persembahan muzikal ini ringan dan akan sentiasa membuat penonton tersenyum namun kami tetap selitkan elemen pendidikan untuk dihayati menerusi perjalanan hidup anak muda bernama Karim,” katanya.

Hal itu diakui Noraini yang menyifatkan DTB sebagai sebuah pementasan muzikal yang ‘hidup’, membuatnya larut dalam himpunan lagu yang menghiburkan.

“Persembahannya tidak meleret, membuatkan saya yakin mereka yang menonton tidak akan terasa waktu berlalu walaupun ia dipersembahkan selama hampir dua jam,” katanya.

DanSing Thru Broadway dijayakan Peter Ong, Radhi Khalid, Tria, Sabrina Hassan, Ho Soon Yoon, Nicole-Anne Thomas, Reefa, Brian McIntyre, Johan Yusof, Tabitha Kong dan Zeqhty Ramli serta penampilan Sayang Dancers dan Junior Sayang Dancers.


INFO: Dansing Thru Broadway 2

  • Lokasi: Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

  • Tarikh: 19 - 22 Februari, bagaimanapun pementasan pada 19 dan 21 Februari dibuka kepada umum
  • Masa: 8.30 malam

  • Harga tiket: RM200, RM150, RM80 dan RM50
  • Tiket boleh diperoleh di Box Office, Dewan Filharmonik Petronas, Menara Berkembar Petronas, KLCC

  • Telefon: 03-2051 7007
So...as a summary...DTB ni sgt la best...masa dorg ngh menari2 n nyanyi2 rasa cam nk nek atas pentas nk nari skali jer...hahaha...kaki pun dh goyang2 ikut rentak lagu tu...so, apa lg tunggu sapa yg nak g tgk g cepat2 sblum tiket sold out..lgpun teater ni berhibur sambil beramal...

the cast
the crowd

the crowd

nadia, linda liyana, fiha

alya, linda, nadia

Renung-renungkan dan selamat beramal...

p/s: hmm...xberkesempatan nk sambung citer bachelorattes day...tunggu ye kwn2...

Wassalam

Muahs....Daaaa~~~~

0 comments:

Post a Comment