Thursday, February 26, 2009

tag 4 fiha...

hahaha....keje meng"tag" org n kekawan... so for dis time tuk fiha lakss.

  1. as a roomate since 2nd yr undergrade
  2. umah dia kat bdr tek kajang, penah g 3X..
  3. dulu 1st time g OU ngn dia..nek lrt n bas..
  4. sgt memahami...hehehe..tu yg dok signkan attendance tuk aku kalo aku x dtg kelas...thankxx
  5. skrg ni dia wat master ngn mpob n UKM...xper la even x sama U..janji kita sambung master betul x? betul..betul..betul...(upin n ipin style)
  6. suka jogging pd hr sabtu n ahad..sll janji ngn dia nk jogging sama...tp aku dok jogging atas katil jer...hehehe...
  7. mengamalkan gaya hidup yg sihat...sbb tu maintain jer berat badan...hehehe..
  8. dah nak jd tunangan org dahh......
  9. a good listener...
  10. akhir kata...sgt bestttt lahh...kawan ngn dia ni.... ;)

Monday, February 23, 2009

Tagged...

Whoever Who Gets Tagged Has To Write 10 Things About The Person Who Tagged Him/ Her.
  1. ni nama penuh dia wan nurul nazneem wan othman...betul x cik nurul???
  2. dia ni dak phyto
  3. kenal dia masa g kenduri kawin usin
  4. then barula tau cik nurul ni sepupu ngn kawan baik saya (wan nurul fatihah)...hehehe...
  5. then buka gerai konvo sama2....dia tukang wat ice blended...sedap woooo...rugi sapa yg x beli...hihihih ;p
  6. hr tu wat medical check up ngn dia kat klinik nathan...pastu nurse tu salah amik x-ray ktorg...huhuhuh ;(
  7. sgt suka suh saya signkan attendance tuk kelas methodology...hehehe..dis week ur turn to sign my name...hehehe ;)
  8. sgt best kawan ngn dia...
  9. lagi nk tulis apa lagi ni nurul...hahaha...pasal bj yg lawa tu ker???? perluker state kat sini...hahaha ;)
  10. selalu buat lawak kat dlm lab....sampai smua org gelak x hengat dunia...hahaha ;))

Tag Another 5 Persons:

  1. iliyana @ elly
  2. wan nurul fatihah @ fiha
  3. sarah roslan @ sarah
  4. wan nurul nazneem @ nurul
  5. sofia zarith @ op

Friday, February 20, 2009

DanSing Thru Broadway (DTB)

Horreeeyyyy...smlm saya g tgk teater DanSing Thru Broadway...mula2 rasa x mo g sbb duit xder..then ttba rasa nk plak sbb dpt harga tiket murah n dah lama x tgk teater since P.Ramlee The Musical taun lepas...ye la nak g yg PGL punyer tiket dah sold out..huhuhuh...so xdpt g PGL g tgk DTB pun jadila...seb bek fiha yg ajak n ada bbrapa org kawan fiha yg join gak semlm liyana, alia, nadia n ada lagi 2 org yg xsempat nk kenal...hihihih...so semlm jadual sy sgt la pack..pepagi lagi dh busy mengejar org...hehehe..kejar supervisor saya la...ye la professor2 ni sll bz n susah nk jumpa..so kalo nk jumpa kene take turn tu pun saya potong turn kak dewi...i'm sorry kak dewi...hihihih;)...then dah settle keje belah pg g makan pizza hut kat bangsar...lambat giler dorg nk serve makann...ada la dekat 45 min...huhuh...dh la ktorg kejar masa coz ada kelas at 2pm...huuhuhuh..abis makan n solat dh kul 2 pun..so terus g Asasi sbb kene jaga lab dorg....pas abis lab at 5pm g men tenis ngn raudah n ida...dah 2 hari x men tenis..tp semlm men x bes sgt sbb x berpeluh byk...ye r sbb share court ngn org...huhuhu...abis men tenis at 7pm terus g mandi n solat...so stand by nk g DTB laks...teater tu start at 8.45pm...tp disbbkan ktorg takut jln jammed n sesat larat..so gerak dlm kul 8...n sampai kat audi DBKL at 8.15pm...hahaha...cepat giler sampai...apa lagi kalo dh sampai awal..seperti biasa la aktiviti saya...tangkap gambar la apa lg...sementara nk tunggu alia sampai sbb dia n the gang sesat...hehehe... so kat sini saya bgtau la sinopsis DTB ni k...ni saya amik dr berita harian online...

Muzikal broadway untuk amal

Oleh Zul Husni Abdul Hamid
zhusni@bharian.com.my


Radhi (depan) turut membintangi DanSing Thru Broadway


Persembahan berdasarkan petikan lagu daripada filem popular

PERTAMA kali menonton persembahan, DanSing Thru Broadway (DTB) yang dipentaskan tahun lalu mengujakan hati Presiden Persatuan Isteri Kakitangan & Kakitangan Wanita Petronas (Petronita), Puan Sri Noraini Mohd Yusoff.

Diilhamkan oleh Farah Sulaiman, DTB yang menampilkan petikan lagu daripada pementasan Broadway dan filem muzikal popular antaranya Mary Poppins, Hello Dolly, Grease, Annie dan Oliver itu di mata Noraini, membuktikan kemampuan serta kredibiliti anak tempatan dalam menggarap sebuah pementasan hebat dan dan menghiburkan.

Keistimewaan yang dibawakan DTB kata Noraini, memberi inspirasi kepada Petronita untuk kembali mementaskannya ketika merancang acara kebajikan bagi mengutip dana membantu tiga badan amal kesihatan kanak-kanak.

Pada pertemuan di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur, pagi Selasa lalu, Noraini ditemani Farah yang bertindak sebagai penerbit dan koreografer dan Sabrina Hassan sebagai pengarah pementasan itu.

DTB kata Noraini, projek ini adalah usaha terbesar Petronita untuk menambah dana membantu mereka yang memerlukan sempena ulang tahun ke-30 penubuhannya.

Hasil kutipan pementasan empat malam bermula hari ini hingga 22 Februari di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu akan disalurkan kepada tiga pertubuhan kanak-kanak iaitu Dana Dialisis Kanak-Kanak, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan; Projek Komuniti Kanak-Kanak Sumbing dan Pembedahan Pembetulan Rabit Lelangit serta Pusat Rawatan Serantau Kanser Musculo-Skeletal yang dikendalikan Pusat Perubatan Prince Court.

“Alhamdulillah, biarpun belum bermula kami sudah berjaya mengumpul lebih RM1 juta dan berharap jumlah itu meningkat ketika DTB berlangsung. Ini bukan usaha yang pertama Petronital. Pada 2003, kami mementaskan pertunjukan balet Vietnam dan hasilnya disalurkan kepada beberapa pertubuhan seperti Institut Jantung Negara serta Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan.

“Selama enam tahun, kami tercari idea untuk kembali membawakan persembahan amal dan bernasib baik kerana berpeluang menyaksikan pementasan DTB yang dibawakan Farah di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, tahun lalu.

“Pementasannya cukup menarik, membuatkan kami berbangga kerana anak seni tempatan juga mempunyai idea kreatif dan berkebolehan menghasilkan muzikal yang menghiburkan.

“Segala kelebihan itu membuka ruang kerjasama antara Petronita dan Farah untuk merealisasikan semula pementasan DTB, namun pada masa meneruskan usaha kami untuk melakukan kerja amal,” katanya.

Menjelaskan perjalanan pementasan itu, Farah berkata, DTB membabitkan 44 pelakon yang mempersembahkan 22 lagu daripada 16 produksi broadway berbeza.

Idea asal katanya, tercetus ketika dia berbincang dengan Sabrina untuk mementaskan sebuah pementasan berteraskan nyanyian dan tarian tanpa terikat dengan satu genre persembahan semata-mata.

“Ia membuahkan ilham kepada kami untuk menggarap satu jalan cerita yang menggabungkan petikan lagu yang dipilih menjadi sebuah pementasan menarik,” katanya.

Andai pementasan pertama mengambil masa sehingga enam bulan untuk direalisasikan, sesi latihan pementasan kedua pula dimulakan sejak November lalu setiap Ahad, menjangkau sehingga tujuh jam untuk satu sesi.

“Kami sangat berterima kasih kepada Petronita yang memberi kepercayaan untuk mementaskan DTB semula dalam skala lebih besar, diperkemaskan dengan set menarik dan persembahan yang dinamik,” kata Farah.

Tampilkan bakat baru yang komited

APA yang membanggakannya, sebahagian besar yang menjayakan pementasan ini adalah pelajar sekolah rendah dan menengah.

Biarpun bekerja dengan mereka yang masih muda menuntut kesabaran dan memberikan cabaran kepadanya, ia tidak sedikit pun timbul rasa jemu di hati Farah dan Sabrina.

Mereka sebaliknya berbangga kerana daya usaha yang ditunjukkan membuktikan kanak-kanak juga mampu memberi persembahan matang setaraf dengan pelakon dewasa.

“Kebanyakan yang terbabit tiada asas tarian dan nyanyian yang mendalam namun mempunyai minat besar untuk menjayakannya.

“Bakat mereka tidak dikembangkan sebelum ini, lalu saya dan Sabrina bersedia mengambil cabaran itu untuk membuktikan mereka mampu melakukannya jika serius ingin mendalami seni persembahan,” katanya.

Menurutnya, ada antara mereka pernah terbabit dalam muzikal Jalan Impian The Musical yang dipentaskannya, tidak lama dulu.

“Mana yang menunjukkan minat mendalam dibawa semula untuk pementasan ini. Itu penting kerana jika ada kebolehan namun kurang minat, ia hanya membuatkan keadaan lebih sukar,” katanya.

Sabrina sendiri mengakui, semua pelakon menunjukkan peningkatan drastik berbanding ketika mula datang untuk menjayakan sesi latihan.

“Mulanya mereka ragu-ragu, tak tahu apa hendak dibuat, tapi kali ini, mereka bersungguh-sungguh mengikut segala rutin yang dirancang.

“Melihat perkembangan mereka, saya berbangga kerana mereka semakin berkeyakinan apatah lagi pementasan ini menuntut fokus dan tumpuan yang mendalam kerana rutin tariannya yang besar serta berat,” katanya.

Kemantapan gerak tari serta pilihan lagu yang tepat seperti Sunday Clothes dan Elegance (dipetik daripada Hello Dolly), Sun & Moon (Miss Saigon), I Don’t Need Anything But You (Annie), It’s Hairspray dan Welcome To The 60’s (Hairspray), Morning dan Sandy (Grease), Nowadays (Chicago) serta Somewhere (Westside Story) yang dibahagikan kepada dua babak mampu memberi tarikan kepada penonton.

“Perjalanan cerita juga diselitkan dengan lawak jenaka untuk membuatkan penonton terhibur. Sekalipun persembahan muzikal ini ringan dan akan sentiasa membuat penonton tersenyum namun kami tetap selitkan elemen pendidikan untuk dihayati menerusi perjalanan hidup anak muda bernama Karim,” katanya.

Hal itu diakui Noraini yang menyifatkan DTB sebagai sebuah pementasan muzikal yang ‘hidup’, membuatnya larut dalam himpunan lagu yang menghiburkan.

“Persembahannya tidak meleret, membuatkan saya yakin mereka yang menonton tidak akan terasa waktu berlalu walaupun ia dipersembahkan selama hampir dua jam,” katanya.

DanSing Thru Broadway dijayakan Peter Ong, Radhi Khalid, Tria, Sabrina Hassan, Ho Soon Yoon, Nicole-Anne Thomas, Reefa, Brian McIntyre, Johan Yusof, Tabitha Kong dan Zeqhty Ramli serta penampilan Sayang Dancers dan Junior Sayang Dancers.


INFO: Dansing Thru Broadway 2

  • Lokasi: Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

  • Tarikh: 19 - 22 Februari, bagaimanapun pementasan pada 19 dan 21 Februari dibuka kepada umum
  • Masa: 8.30 malam

  • Harga tiket: RM200, RM150, RM80 dan RM50
  • Tiket boleh diperoleh di Box Office, Dewan Filharmonik Petronas, Menara Berkembar Petronas, KLCC

  • Telefon: 03-2051 7007
So...as a summary...DTB ni sgt la best...masa dorg ngh menari2 n nyanyi2 rasa cam nk nek atas pentas nk nari skali jer...hahaha...kaki pun dh goyang2 ikut rentak lagu tu...so, apa lg tunggu sapa yg nak g tgk g cepat2 sblum tiket sold out..lgpun teater ni berhibur sambil beramal...

the cast
the crowd

the crowd

nadia, linda liyana, fiha

alya, linda, nadia

Renung-renungkan dan selamat beramal...

p/s: hmm...xberkesempatan nk sambung citer bachelorattes day...tunggu ye kwn2...

Wassalam

Muahs....Daaaa~~~~

Tuesday, February 17, 2009

14th February 2009

Hmmm...kalo citer pasal 14th feb mesti smua org igt nak celebrate valentine's kan??? actually saya ni mmg x sambuit valentine's ni...so apa saya buat masa 14th feb tu...nak tau???? sebenarnye saya dan bbrpa org rakan(fiha, sarah, azila n aina) telah pun plan nak wat bachelorettes party tuk kekwn yg bakal mengakhiri zaman bujang mereka....so here is the invitation card created by sarah...ok so ada bbrap agenda dlm party ni...bermula kul 1030 am smua participant berkumpul kat UM...sbb fiha yg dtg pick up everybody....
thanx tu fiha yg sanggup drive ppg buta n selama 2 hari...
so mula2 kita org g karaoke kat RED BOX, SOGO...sbb kat situ jer yg paling murah n food are provided..n sound system pun best..lagu pun smua best2...wah ni dh kira promotion tuk RED BOX ni...so sampai REDBOX around 11am...mmg ramai org kat situ..seb bek ktorg dh booking dulu b4 dtg...so,xder la kene tunggu lama tuk dpt bilik...so kitaorg smua 5 org n dpt bilik yg agak besar...sgt best...smua pun teruja nk nyanyi lagu kegemaran masing2...so apa ktorg buat lepas karaoke????? tunggu dlm post akan dtg...dh ponat den type ni...ngantuk lak...ok...kat bwah ni pic kat karaoke...
mmg peace ni trademark tuk hari tu ker????

to be continued...

Wasalam...

Muahs~~~ Daaa...

Monday, February 16, 2009

Monday...

Setelah bbrp minggu tunggu tuk men tenis..akhirnya ptg td tercapai gak niat nk men tenis...(ye r raket dh beli b4 chinese new yr tp x men2 pun...)...actually sy penah blajar men tenis masa kat matrix dulu....igt lg masa tu smua pelajar kene cabut undi tuk tentukan dpat sukan yg mana...ada squash, tenis, kelab usahawan yg len2 saya x igt...heheh..i'm sorry )...tp masa undi tu saya dpt kelab usahawan..then saya tipu lectrr kata sy dpt tenis...hehehe..sbb nak sgt blajar men tenis...best sgt bila lectrr x perasan..igt lagi..nama lectrr yg ajar men tenis tu..en kamarudin...dia ni husband kepd warden blok A1(blok saya la tu) KMNS...1st lesson yg dia ajar...kene blajar cara pukul bola secara 45degree...sbb kalo pukul cam bese dah jd men badminton...kang bola tu melambung tinggi tu yg sampai terkeluar pagar..hehehe...td 4 the first time after 6 years x pegang raket tenis..s kene blajar balik la td...hehe...n ckg nyer adalah..syed anwar (labmate ku).. td ktorg men 4 org..saya,raudah,izyan n syed...so td kira refresh memory balik pasal teknik2 pukulan...so here the photo...


ni izyan..ngh training...hehehe sambil tersengih2..kelihatan dibelakang nyer ialah syed merangkap guru tenis kami pd ptg td...hehehe..hebat la cikgu men tenis...

ni adalah saya ketika berehat..hehehe..sambil memerhatikan ckg syed ajar raudah lak...
ni la ckg syed...
ni pulak raudah yg tgh berusaha memukul bola...

ok sampai di sini shj post tuk kali ni...nntkan post yg akan dtg..pasti nyer lebih mnarik..kerana sy nk citer pasal.......................tunggu...................

Wasalam

Muahs~~~Daaaaaa....

Monday, February 9, 2009

cuti2 malaysia...

Get a morning called from sarah ask to hang out......actually mula2 rasa malas nk kuar...then rs cam best jer kuar...coz dh lama x lepak2 ngn sarah n fiha even though sabtu nk lepak ngn dorg gak..hihihi...so sarah plan nk g the mines...so i tny la nk jumpa katner? n sapa yg amik..alamaklumla...i kan public transport user...so kene la org jemput kat mana2 kan(one of the way how to reduce traffic jammed n air pollution)..hehehe...hasil perbincangan kami bertiga..ktorg decide tuk jumpa fiha kat komuter UKM...so i n sarah sampai komuter around 3.30PM..then terus ke the mines...sampai jer trus cr port nk makan..sbb sarah x lunch lg...i n fiha dh lunch kat umah b4 bertolak td...so just teman kan sarah makan sambil sembang2....abis mkan g jln2 sekitar kawasan...n around 6 dah lapar balik...hehehe...so apalagi cr la tempat makan lagi...after makan terus balik...fiha nk hantar ktorg kat LRT bdr tasik selatan sbb sarah x mo nek komuter yg sesak ngn org....so we decide to take STAR LRT at Bdr Tasik Selatan...n..how to get there???????...mula2 i confident jer sbb penah 2X nek LRT kt situ...then jln punyer jln sesat daaaa...hehehe...akhirnya sampai ke tempat yg x diketahui....n lastly ttba jumpa jln ke PJ...hahah...jauhnyer ktorg sesat...hmm...akhir nyer ktorg figure out jln tu leh tembus bukit kerinci which is near to University LRT Station...hahaha...so fiha just drop us there..we get the LRT to go home...smpai kat bus stop KLCC around 8PM....tp bas xkunjung tiba...seb bek org x ramai...tunggu punyer tunggu...bas sampai kul 930PM...hmm..almost half an hour tuk sampai umah...ni la nasib kalo jd public transport user...huhuh..kene tunggu n terus menunggu...kalo la service bagus mesti ramai yg guna public transport...tp disebbkan masalah2 di atas (n ada gak bas yg tunggu org berejam2 even org x mo nek pun bas dia) ramai yg memilih tuk memiliki kenderaan sendiri...maka...berlaku la kesesakan lalulintas,pencemaran udara dan pengurangan bahan semulajadi di negara kita ni...eh macam dlm Environmetal Chemistry Lecture laksss....hihihih...hmmm...ok la di bwh ni pic saya berjalan2 di the mines with sarah n fiha...

kepala sarah jer yg nampak...hehehe






fiha n me

akhir kata terima kasih tuk fiha sbb sudi hantar balik sampai ke LRT Universiti...n tuk sarah gak sbb plan nak kuar...hehehe..

Wasalam

Muahs.....Daaaa~~~~

Sunday, February 8, 2009

HUA...HUA...HUA

apa yg saya buat sepjg cuti 2 hari minggu ni sempena thaipusam.....meh nk citer sket...awal2 lg my mum dh inform jgn nak g memana pd hr sabtu(iaitu semlm) sbb my mum nak kene attend kenduri kawin kat melaka..so saya diamanahkan tuk menjaga 3 org adik saya ni (shima,wan n fatin)...shima g keje sebelah pg n balik waktu tgh hr, fatin g sekolah sebelah pg n balik tgh hr gak, wan dok tdo jer kat umah...so tugas saya kalo dh kene dok umah ni bese r..kene jd housewife la pulak..hehehe..sapu sampah, basuh pinggan, basuh baju, sidai baju, n masak....hmmm...jgn x tau saya dh pandai masak skrg ni...hehehe...(ps/: wat mansur...jgn igt aku x tau masak..hihihih..aku still igt lagi kata2 ko...kalo xtau masak bek jd lelaki jer...sentap beb!!!!)..hahaha ;P...so licin masakan aku tgh hari tu..hihih....so pada hari ahad(hari ni)...saya ada driving class bersama pakcik mansor...huhuhu...janji ngn dia kul 9...tp bese r org melayu punyer janji kan lewat sejam...so pakcik ni sampai kul 10...aku angin gak la...iyola sejak bekerja ni aku amat mementingkan masa...ni adalah 1st time saya memegang stereng kete...bak adik saya (shima) jgn gabra..pastu tangan jgn keras pegang stereng...pegang bese2 jer...kaki lak dia siap ajar lagi..cmner nak masuk gear satu...tekan clutch sampai abis lepas kn minyak then tukar gear satu...dah masuk gear 1 tekan minyak sket..then lepas clutch pelan2...then maintain jer...pastu..lepaskan minyak...then tekan clutch sampai abis...masuk gear 2 lak.....lepas kan clutch n tekan minyak...heheheh...wah...dah pandai dh ni...heheheh...then kalo nk berenti...tekan clutch sampai abis then tekan break...pastu free kan gear(ni masa kalo berenti lama la cam kat traffic light tu..hihih ;))hmm...next week ahad driving class yg kedua..saya x amik kelas hari sabtu depan sbb dah plan ngn kekwn saya tuk attend bachelorrate nite's sempena kekwn yg bakal menamatkan zaman bujang(aina, fiha n sarah) n tuk kawan yg akan futher phd ke australia (azila)...ok..till then... saya nk kene siap tuk ke JJ AU2, Keramat..

wasalam

Muahsss.....Daaaa~~~~

Friday, February 6, 2009

saya pun xtau la...

hmmm..dah lama tak wat entry...ni nk mai citer sket...actually citer ni berlaku pada rabu (4/02/2009) lepas ....pd pagi rabu tu..saya dtg awal ke UM tercinta (tercinta ker??????)sbb nak wat labwork...pastu perkara pertama yg saya wat biler dh sampai lab ialah switch on a computer....tp tenet cam problem lak..slow giler...so xper la saya leh sabar lg...aku g la wat keje2 terbengkalai...then, saya g balik kat computer tgk tenet dh ok ke x..yeyeyeye..tenet dh ok..tp still slow gak..br jer saya dok bc blog fiha..ttba black out..saya igt kan trip yg pasal semlm kat lab analysis bawah ni..rupa2nyer black out satu jab...huhuhuh.....best mmg best sbb leh jer merayau n x yah wat labwork...tp segala perancangan yg dah saya wat kene set up balik...huhuhuh....and one more thing masa black out tu..ada kawan saya(shah) terperangkap dlm lif...sian dia...seb bek ada kekwn yg bg support di luar lif sementara menanti kehadiran pihak bomba...after 1/2 an hour..akhirnya bomba pun dtg tuk selamatkan shah (yg ni ada video tp kawan saya yg save blum amik lg kat dia).....smua org bergembira...hahaha...dah la siap ada ketua jab lg...heheh...so,elok jer selamatkan shah,letrik pun ada semula...n kene la wat keje balik..hheheh..xleh nk ponteng2...hehehe...begitula cerita nyer...n dsbbkan trip tu...plug point kat lab analysis rosak...n terpaksala saya menunda keje2 saya lagi...huhuhuh...actually ada lg saya nk citer...tp dlm entry lain lah k..

to be continued

Wasalam

Muahsss...Daaa~~~~

Sunday, February 1, 2009

walimatul urus


walimatul urus....actually saya n family dpt jemputan ke walimatul urus anak kepada jiran umah saya yg lama...dia ni mmg saya kenal dr kecik la...mmg org kata teman sepermainan..hehehe ;)..tp kita org berpisah masa saya form 3 ;(....sbb my family kene pindah umah n dia pun pindah umah gak...so sampai la ptg td baru jumpa balik..kira2 reunion la gak tu...hihihihi ;P...lupa lak nk bgtau nama anak jiran saya ni..nama dia Addy Zahrem b Mazlan..dia ni ada 4 org adik beradik...so yg close ngn ktorg adik beradik cuma dia n the 2nd jer..yg 2nd tu kalo x silap nama dia Mohd Nazrey kot..sbb ktorg dok panggil dia Erry...hehehe..so kat bawah ni gambar2 Eddy n wife..



Yg kat bwh ni pulak gambar ibu pengantin....very the busy woman..hehehe..almaklumlah anak sulung kawin...ye x? maaf la eh pic ayah pengantin xder..hihihihi ;)) So, seperti biasa, kalo dah g kenduri kawin ni mesti ada gift tuk tetamu...so kat bawah ni pic gift yg telah di beri oleh keluarga pengantin kpd para tetamu (ada kek di dlm kotak tu..sedap wooo...hehehe promote sket...kek ni ditempah di Berkat DN Enterprise, Lot 3745, Lorong Hj Shuib, Bt 7, Jln Kebun,Klang no tepon:03-51621021)...and akhir kata wat Eddy n Wife...Selamat Pengantin Baru Semoga Bahagia Ke Akhir Hayat....

Pic yg akhir ni sj jer letak sbb kagum..bila la nk jd cmtu eh???


Wasalam

Muahsss....Daaaa~~~