Sunday, March 27, 2011

PIBG

Assalamualaikum.



harini kene wakilkan parents ke mesyuarat persatuan ibubapa dan guru (PIBG) kat sekolah adik.memula mmg malaas giler nk g. tp dsbbkan oleh adik nk amik hadiah kene la dtg gak bg moral support katanya.sampai2 jer dh kul 1030pg.pastu daftar nama kat kaunter.lepas tulis nama jer, cikgu yg jaga kaunter tu ckp "skrg boleh g ke kantin utk jamuan, lepas ni baru penyampaian hadiah".ktorg (saya & kembar saya) pun apa lg, pucuk dicita ulam mendatang la..hihih..makan time.masa ngh makan tu ada sorg makcik ni ttb tegur "mak awak ni yg cikgu tu kan?", ttb ktorg pun pelik la.ktorg ckpla."eh bukan". then makcik tu ckp sorry mayb salah org kot..pas makan terus gerak g dewan.masa otw ke dewan tu ternampak Sir Vijay.Sir Vijay ni ckg English masa kat tuisyen dulu.xsempat nk tegur dia sbb dia cam rushing nk balik jer.hmmm..xperla mungkin next time leh jumpa.pas masuk dewan terserempak lak Pn Juhaidah. yg ni ckg tuisyen akaun kembar saya. masa mjlis tu berlangsung ada la ucapan dari pengetua, YDP PIBG n pegawai pelajaran daerah hulu langat. tp apa yg aku tertarik sgt ucapan dari YDP PIBG. awak smua cerdik, bijak dan pandai tp jgn jd bodoh. maksudnyer walaupun kita bijak dlm pelajaran tp jgn bodoh sahsiah. yela, dapat straight A's in SPM tp pastu lupa diri. dulu mak yg dok sisirkan rambut g skola, tp bila dh berjaya lupa terus kat mak bapak. xkisah la lepas ni jd doktor ker, peguam ke, jurutera ke waima cikgu sekalipun jgn lupa jasa kedua ibubapa yg menjadi kan kita berjaya sehingga ke skrg ni. sgt touching seh masa YDP ni ckp.tp saya nak tambah satu lagi. xkisahla keputusan exam SPM kita tu cmner kerana itu bukan penentu segalanya. yg menentukan kejayaan kita itu adalah hasil dr tempoh pembelajaran kita.xkisah la bljar sampai SPM ke, Ijazah ke tapi apa yg kita jadi slepas itu penentu masa depan kita. yelah kekdg tu ada org bljar stakat SPM jer, tp selepas tu jd usahawan yg berjaya. itu jer yg nk share ngn kawan2 kat sini.



kpd adik2 yg baru dpt results SPM tahniah kpd yg berjaya, pilih acuan hidup anda dgn betul.kpd yg gagal, igt ini bukan penamat segalanya. masih ada ruang dan peluang utk lebeh berjaya.



p/s :pas abis mesyuarat ktorg g shopping....yeay!!! duit gaji abis spend kat kasut jer..huhuhu

Thursday, March 24, 2011

short films

assalamualaikum kawan2.

semlm g tgk short films (bukan teater ye alya) wif alya, hafiz bf alya and noorhafiz. ramai sgt kawan alya ni nama hafiz.kekdg sampai dok tertukar2.start kol 8mlm ktorg sampai 730mlm. g solat maghrib smua then nak masuk tu igt kene beli tiket, rupa2 nyer just a donation wif minimum rm10. so 2 short films harga rm10.murah la kan. ;) short films yg ktorg tgk tajuk nyer SANGKAR lakonan beto kusyairi n sharifah amani (arahan sharifah amani) & HUJAN PANAS lakonan beto kusyairi (arahan nadiah hamzah). sementara tunggu kedatangan artis2 kami dihidangkan dgn 2 short films iaitu GOAT & BEDAK SEJUK (actually yg kedua ni xigt title tapi sbb kisah dia pasal bedak sejuk so aku bg tajuk bedak sejuk..hihih...sesuka ati jer ).ada sedikit info n advertisement dari stop motion pasal wanita (sexual harassment, child abuse etc.) actually this show are conducted by We Are Malaysian Made. sbb tu dorg wat donation jer. ok. mesti korg nk tau kan sangkar tu citer apa?

actually SANGKAR ni citer pasal ada 2 org budak sekolah (beto & amani) ni saling cinta mencintai. sorg dari keluaga berada(beto) sorg dari keluarga susah (amani). n dak lelaki ni baru jer kehilangan ibunda tercinta. So, nk dijadikan cerita, dak pompuan ni kene pinang dari pihak laki ni. so dat girl terus agree. actually dia bukan dipinangkan utk dak laki tu tp utk ayah budak laki ni. tp sbb dak pompuan ni dh agree so dia terpksa la kawin dan lagipun keluarga dak laki ni nk support segala perbelanjaan perubatan mak dak pompuan ni.hmm..sgt sedey ok ;( kesian sgt bila dorg kene tinggal satu bumbung. then sbb dah xtahan ayah dak laki which is husband dak pompuan tu hantar dak laki ni gi futher study kat Canada. siap ayah dia suh kawin ngn omputih sbb nk cucu comel. sedey sgt masa dorg nk berpisah tu. actually sharifah amani said this is a true story which happened to a girl in Sarawak.tp yg terjd kat dak sarawak tu dia kene duduk kat umah pjg tu ngn husband n dak laki tu n dak laki tu xfuther study.


ok next story about HUJAN PANAS directed by nadiah hamzah. citer pasal sorg dak laki (lakonan beto) yg futher study kat New York. dok satu umah ngn Fredy n Mira(warga Indonesia ada sorg anak). dia terkjut sbb ada pompuan tinggal skali.but then dia jd rapat ngn Mira. tp Mira ni amik kesempatan.at the end of the story, Mira curi jam tgn Beto(pemberian ayah beto) n laptop Beto. Mira tu hanya tinggalkan basikal jer. satu citer yg menarik dari pengarah yg baru. she's got a talent. if ada kesempatan nk tgk smua karya nadiah hamzah ni.


orait sampai sini dulu citer tuk hari ni. sampai ketemu lagi.daaaaaa...



p/s: sbb ada watak indon gaya tulis pun dah gaya org seberang..hihih..

Monday, March 14, 2011

take a break


Alhamdulillah.syukur ke hadrat Ilahi dgn berkat doa keluarga n teman2 kami selamat tiba di semenanjung. satu pengalaman percutian yg sgt menyeronokkan di samping kawan2 baru yg best. pengalaman bagaimana rasanyer berada di dlm keadaan cemas apb dikejutkan berita gempa bumi di Jepun dan disusuli dgn Tsunami pada hari jumaat lepas.Kami yg berada di Sabah telah diberi amaran oleh kerajaan spy tidak menghampiri kawasan pantai. kami hanya mampu berserah n berdoa agar tiada sebarang bencana dan kecelakaan yg akan menimpa kami. Alhamdulillah, segala rancangan berjln dgn lancar. terima kasih kpd smua yg menjyakan percutian ini. mabul was awesome same goes to kapalai. sipadan jer xdpt nk g.kene book dulu sbb pengunjung adlh terhad kpd 100org dlm sehari shj. mayb next time leh amik diving license lak.special thanks to nasir yg book dragon inn, shima yg book flight tix, adli, sarah, alya, eda, tika, nasir, lina, rina, ai, kamp, keri, nadia, mat, hairi n faisal yg sudi join trip vacation ke mabul. i'll miss u all guys. let's enjoy the picca. :)



more picca pls go to kamp and eda


P/s: will come again

Wednesday, March 2, 2011

6 days more

Assalamualaikum..





in 6 days more to go..





many things happened to me...




such a great time for me to learn how to forgive n forget.



oh gosh, mmg senang kalo nk ckp, tp cuba kene kat batang idung sendiri, it was so hard babe.




kalo nk citer pasal manusia mmg sampai mati pun xabis.





apa yg penting, tgk diri sendiri dulu, perbaiki apa yg patut. muhasabah diri.




suka sgt entry eda yg ni :


"Kalau ada masalah, jangan sekali kali kita lari sebab, orang yang lari daripada satu masalah akan pasti ada lagi masalah lain yang akan menimpa"

"Bila DIA timpakan ujian kepada kita, itu bermakna DIA mahu mendengar suara kita, mahu mendengar rayuan kita, dan mahu mendengar kita mengadu kepada-NYA, bukannya mencari manusia untuk mengadu".

"Bila kita mengadu dengan manusia, belum tentu dia akan membantu kita, kadang2 masalah yang kita hadapi tu boleh pulak dijadikan modal untuk umpatan dan fitnah keji mengeji..tindakan manusia ni susah kita nak duga"


apa yg berlaku mesti ada hikmah dariNya. insya Allah, moga diberi kekuatan tuk menempuhi hari mendatang. ameen



p/s : xsabar 6 hari lg...